Bagaimana menggunakan cara yang selamat? Secara mudah, menghindari cara yang tidak selamat akan menjadikan kita menggunakan cara yang selamat. Mengguna sahaja tidak cukup jikalau tidak mengamalkannya,
Cara tidak selamat selalunya digunakan apabila menerangkan program bisnes MLM. Warga MAXIN diminta menghindari sama sekali ayat-ayat berikut ini ketika memperkenalkan bisnes Maxin atau menaja:
1. "Orang sudah letih dengan Multi-Level" -- ayat yang merbahaya kerana selalunya yang menyebut begitu adalah orang yang gagal atau 'kaki lompat' di dalam MLM. Ayat itu digunakan sambil memburukkan syarikat MLM lain sebelum mengetengahkan 'kehebatan' syarikat MLM yang akan diterangkan. Mudah sekali, tanyakan, "Apa yang menyebabkan kamu letih?" Pada masa lalu, 100% tidak akan ada jawapannya. Hanya suka menyebut begitu. Senjata makan tuan.
2. "Jutawan" -- Ayat lazim yang menjadi kebencian orang ramai. Seolah-olah mengaburi sahaja. Apa buktinya jutawan? Mana aset lebih dari RM1,000,000.00? Berapa pula liabilitinya. Perkataan "jutawan" dijadikan modal untuk menipu dan mengaburi. Bukan tidak ada jutawan di dalam MLM. Ada, tetapi amat sedikit bilangannya. Mereka berada di dalam syarikat MLM yang telah lebih 15 tahun beroperasi. Mereka juga mengambil masa yang panjang untuk menjadi jutawan. Kalau setakat bergambar dengan kereta dan fotostat penyata bonus tidak membuktikan jutawan dan terang-terangan kelentong.
3. "Jutawan internet" -- No such thing! Apa yang dijual di internet sampaikan boleh menjadi jutawan? Apa yang menyebabkan menjadi jutawan di internet itu? Pembelian? Kalau satu produk RM1 perlukan 1 juta pembeli. Untuk mendapat 1 juta pembeli perlu 10 juta orang klik laman web tersebut untuk membeli. Kalau harga barang RM100 perlu 100,000 pembeli. Hukum Angka (Law of Number) menyebut -- untuk mendapat 100,000 pembeli perlukan lebih 1 juta orang klik laman web. Di mana hendak mendapat juta-juta orang klik laman web itu? Dan ingat, belian RM1 juta itu adalah 'gross sale' bukan keuntungan bersih. Setakat cakap di mulut bolehlah. Buktinya? Tidak ada.
4. "Kaya". Kebanyakan yang menyertai MLM menjadi "kayap" bukan kaya; "cendawan" bukan jutawan. Labih tepat lagi, "Kaya" hanya di mulut bukan pada realiti. Bukan tidak ada yang kaya? Ada tetapi amat sedikit yang kaya dengan berlandaskan MLM dan mereka biasanya berada di dalam syarikat MLM yang kukuh telah beroperasi melebihi 15 tahun. Usaha mereka juga bukan sebulan dua, bahkan telah berpuluh tahun.
Jadi, apa Solution?
1. Hindari sama sekali menggunakan ayat-ayat yang menjadi kebencian itu.
2. Ingat, sentiasa ingat bahawa orang yang di depan anda lebih bijak. Walaupun pada pandangan anda nampak kurang bijak, tetap anggap dia bijak supaya anda tidak melebih-lebih atau menipu.
3. Gunakan ayat-ayat yang selamat seperti, "Keadaan sekarang ini perbelanjaan kita sentiasa lebih daripada pendapatan. Moga-moga MAXIN ini dapat membantu untuk mengatasi masalah tersebut."
4. Atau, "Kalau ada cita-cita untuk buka bisnes sendiri, bisnes MAXIN ini boleh digunakan untuk mengumpulkan modal."
4. Bagaimana kalau ditanya, "Boleh kaya tak?" Jawab dengan tenang, "Buat bisnes apa pun boleh kaya asalkan rajin dan pandai berjimat. Asalkan mengerjakan bisnes yang betul."
6. Orang lebih hormat kepada anda jikalau terus terang mengatakan, "Saya tidak tahu. Boleh beri saya sedikit masa untuk bertanya kepada penaja saya?" Jangan memandai mereka-reka jawapan yang tidak betul. Pandai dan memandai 2 perkara berbeza.
Pendek kata, anggapan melebih-lebih, menyebut 'jargon' dan 'bombastic' boleh mendatangkan kejayaan adalah kesilapan besar. Bahkan ia dikatakan sebagai "Ayat-ayat Membunuh Diri".
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.