MAXIN ::: Menjalin Ukhwah, Membina Bisnes
  • BERITA TERKINI
  • PERIHAL
  • PRODUK
  • PELAN BISNES
  • BLOG


  • UserID: Password:

 
  • DEPAN
  • SITEMAP
  • HUBUNGI
Bahkan jikalau menjual emas dengan harga RM10 sekilo - ARTIKEL - Berita & Artikel
ARTIKEL : Bahkan jikalau menjual emas dengan harga RM10 sekilo
Posted by Admin on 2009/12/27 13:00:00 (69 reads)
ARTIKEL

Di luar sana, sesiapa pun yang terlibat dalam penjualan, MLM, bahkan sembang-sembang di kedai kopi pun, pasti akan menghadapi: tentangan, penolakan, cemuhan, cercaan yang sengaja atau tidak disengajakan, melalui kata-kata, mimik muka atau body language.

Ia memang wujud. Jadi, anda tidak perlu hairan atau tersentak sama-sekali kerana ia memang wujud dan menunggu untuk diluahkan saja kepada anda. Bahkan, walau sebaik mana sekali pun peluang yang anda bawa, pasti ada yang menentang dan cuba menggagalkan anda. Ia adalah normal dan memang sifat semula jadi manusia. Bahkan, jikalau anda menjual emas dengan RM10 sekilo sekalipun, tersedia mereka yang menentang dan menggagalkan anda.

Bagaimana cara mengatasinya? Istimewa untuk Warga MAXIN, ini cara untuk mengatasinya:

1. Berhenti, berdiam diri. Jangan cakap apa-apa lagi. Jangan cuba menentang. Biarkan sahaja penentang itu terus bercakap sambil memuaskan hatinya sendiri. Bayangkan ada penyumbat besar menyumbat telinga anda.

2. Anggap tentangan, penolakan itu sebagai keuntungan. Anda beruntung kerana mendapat maklum balas dan pendidikan percuma.

3. Jika berpengalaman (belajar dari penaja) anda boleh menjelaskan dan mengatasi tentangan tersebut. Jika tidak tahu, lebih baik diam dan lupakan saja.

4. Jika berpengalaman (sesudah belajar dari penaja), gunakan perkataan ajaib, "Kenapa?" Perkataan ajaib itu menjadikan tentangan kepada jawapan tentangan itu sendiri. Lebih tepat lagi -- sendiri yang menjawab dan menghapuskan tentangan itu. Atau membuktikan bahawa tentangan itu hanya sekadar keluar dari mulut sahaja tanpa fakta dan bukti yang konkrit. Contoh: "Susahlah nak jual benda ni?" Tanya, "Kenapa?" "Tak ada orang nak benda ini?" "Kenapa?"

4. Jangan menumpukan pada pintu yang tertutup, hingga terlupa terlalu banyak pintu lain yang terbuka. Tinggalkan sahaja dan lupakan sama-sekali orang yang menentang itu. Jikalau memang ada yang menentang, pasti ada yang bersetuju. Hukum Seimbang menyebut, "Tidak semua orang setuju dan tidak semua orang tidak setuju."

5. Jadikan tentangan, penolakan, sebagai galakan. Jangan sekali-kali lemah dengan tentangan, sebaliknya jadilah seperti layang-layang -- "Naik ke udara kerana tentangan, melawan arah angin." Kapal terbang akan terhempas jikalau tidak melawan graviti.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Go Page Top
Menu
Depan Berita & Artikel Event Blog Bantuan Segera Galeri Gambar Galeri Video Slideshow Download Slideshow Cetak Borang Keahlian Buletin MAXIN Hubungi Kami
Search

Advanced Search
Admin Login
Username:

Password:



Lost Password?
Sedang Online
5 user(s) are online (1 user(s) are browsing Berita & Artikel)

Members: 0
Guests: 5

more...
© Hakcipta 2009 oleh MAXIN SOLUTION. Hakcipta Terpelihara theme design by BCOOL