Setelah berusaha gigih tanpa mengenal penat dengan satu matlamat, "Memberi kebaikan maksimum untuk semua orang", maka akhirnya, Maxin Solution akan dilancarkan tepat mengikut tarikh yang ditetapkan, InsyaAllah.
Ibarat kapal laut yang akan dilancarkan, selama 2 bulan ini Maxin telah menyiapkan kapal itu sendiri dan pelantar untuk kapal memulakan dan meneruskan pelayaran.
Bukan kerja mudah tetapi ia mesti disiapkan supaya perjalanan Maxin Solution menjadi lancar, teratur dan memberi faedah kepada warga Maxin. Bukan faedah yang kecil tetapi faedah maksimum kerana warga Maxin adalah keutamaan. Maxin tidak akan berjaya seandainya warga Maxin tidak memperoleh faedah maksimum.
Antara perkara besar (kemestian) yang telah dilaksanakan:
1. Menyediakan sistem pengurusan 2. Menetapkan produk yang menjadi keperluan 3. Menyediakan pelan pemasaran 4. Menyediakan sistem pengiraan bonus online 5. Membina dan Menyediakan laman web 6. Menyediakan sistem menaja 'standardize' menggunakan Buletin MAXIN 7. Mendapatkan pejabat di kawasan yang memudahkan urusan
Pada hari pelancaran Maxin Solution yakni pada 01. 01. 10 (angka yang begitu menarik), hanya 2 perkara sahaja yang belum dilaksanakan dan akan dilaksanakan pada hari tersebut:
1. Program perkongsian -- Berkongsi Untuk Berkembang 2. Wakil negeri dan daerah
Bukan untuk mendabik dada, sebaliknya dengan penuh keyakinan dan optimis Maxin Solution melangkah ke hadapan dengan niat dan tujuan yang satu -- "Memberi kebaikan dan faedah maksimum untuk semua orang yang memerlukan."
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.