MAXIN ::: Menjalin Ukhwah, Membina Bisnes
  • BERITA TERKINI
  • PERIHAL
  • PRODUK
  • PELAN BISNES
  • BLOG


  • UserID: Password:

 
  • DEPAN
  • SITEMAP
  • HUBUNGI
Blog
Blog
Jan 19

Ke mana fokus kita?

Published by Admin on Tue 19 January 2010
Sama da percaya atau tidak, inilah hakikatnya: kita memfokus kepada apa yang tidak kita kehendaki. Ibarat: pergi ke kedai membawa senarai barang yang tidak kita kehendaki.

Keajaiban fokus tetap akan terjadi: Kita memperoleh apa yang menjadi fokus. Oleh kerana kita lebih memfokus kepada yang tidak kita kehendaki, maka, sebahagian besar perolehan dalam hidup kita ini adalah apa yang tidak kita kehendaki.

Semak kembali apa yang diperoleh pada hari ini? Bukankah itu fokus kita pada masa lalu. Bukan sekali kita memfokus, menghendakinya, bahkan berulang-ulang kali sehingga tercapai.

Warga MAXIN hendaklah membetulkan fokus jikalau mahukan kejayaan. Hentikan, tamatkan, matikan serta-merta fokus kepada apa yang tidak kita kehendaki. Setiap hari semak kembali, ke arah mana fokus kita? Ke arah kegagalan? Kesedihan? Kemiskinan? Kesakitan?

Matikan segera, fokus kepada sebaliknya, kepada apa yang anda kehendaki. Anda mahukan kejayaan di dalam bisnes MAXIN, maka fokus, tumpukan pada kejayaan. Penuhkan fikiran, fizikal, jangkaan anda dengan kejayaan. Penuhkan dengan jangkaan apa yang anda kehendaki bukan apa yang tidak dikehendaki.

Lakukan setiap hari dan dalam masa yang singkat akan merasai sendiri kesan ajaibnya fokus!
No comment
Dec 30

Bila perlu berundur?

Published by Admin on Wed 30 December 2009
Apabila tentera Islam memulakan langkah untuk peperangan yang diperintahkan oleh Allah SWT, sekali kaki melangkah, mereka tidak akan berundur. Mereka melangkah dan bersedia untuk mati mempertahankan Islam. Namun jumlah yang mati tidak ramai berbanding kemenangan yang diperoleh.

Warga MAXIN diseru untuk mencontohi sunah tersebut. Sekali kaki melangkah, jangan ada sekelumit pun keinginan atau rasa hendak berundur. Kalau berundur kita telah tahu apa yang berada di belakang tetapi kalau meneruskan langkah kita tidak tahu apa kebaikan-kebaikan yang bakal diperoleh. Mungkin sekali kebaikan itu adalah yang ditunggu-tunggu, dicari-cari selama ini, seumur hidup anda.

Pernahkah anda melihat atau mendengar kapal terbang yang berpatah balik semasa dan selepas take-off? Mungkin pernah mendengar kejadian 1 dalam ratusan juta itu. Sekali ke depan, untuk apakah ke belakang kembali?

Bila masa tentera Islam perlu berundur? Mereka perlu berundur untuk kemenangan. Mereka mengalah bukan kalah. Mereka berundur dengan satu niat iaitu mahukan kemenangan. Mereka berundur bukan pada permulaan tetapi pada pertengahan atau penghujung dengan tujuan untuk mengatur startegi atau mengelirukan pihak musuh.

Tidak ada tentera Islam yang berundur melainkan tentera munafik dan musuh dalam selimut. Mereka dipancung kerana akibat mereka tentera Islam akan menerima kekalahan.

Tentera sejati tidak pernah berundur melainkan mengundur untuk untuk melangkah semula ke depan dengan strategi baru, kekuatan baru, pelaksanaan baru.

Tidak ada tentera Islam sejati yang berundur tanpa sebab dan kerana hendak terus berundur.
No comment
Dec 27

Jikalau tiada tentangan

Published by Admin on Sun 27 December 2009
Untuk lebih lanjut, baca Artikel yang disediakan dalam ruangan Artikel.

Layang-layang naik ke udara kerana melawan arah angin. Bagaimana jikalau tiada arah angin yang bertentangan? Bagaimana jikalau mengikut arah angin?

Kapal terbang akan terhempas jikalau tidak menentang daya tarikan graviti. Itulah juga sebab bagaimana kapal terbang boleh terapung di udara. Tanpa tentangan, kapal terbang akan terhempas.

Bagaimana jikalau tidak ada tentangan? Bolehkah kapal laut terapung?

Tentangan bukan malapetaka atau sebab untuk berundur. Sebaliknya tentangan wujud sejak wujudnya dunia ini adalah kebaikan yang amat baik untuk pencapaian.
No comment
Dec 11

Di mana lilin?

Published by Admin on Fri 11 December 2009
Kata peribahasa Jawa, "Mencari lilin lebih baik dari merungut dalam gelap." Namun, lebih ramai di antara kita yang rela berada di dalam gelap sambil merungut menyumpah. Lebih ramai yang enggan bangun berganjak mencari lilin untuk menerangi kegelapan.

Malas dan alasan adalah penyakit berzaman yang telah merosakkan kehidupan berbilion manusia. Akibat malas dan alasan, lebih ramai yang suka duduk di dalam gelap. Tapi hakikat sebenarnya tidak rela duduk di dalam gelap kerana merungut-rungut. Kalau benar-benar rela tentulah tidak merungut-rungut, menyalahkan pihak lain.

Kekal duduk di dalam gelap sambil merungut-rungut hanya kerana dihalang oleh rasa malas dan terpedaya dengan alasan. Malas makin membesar, alasan juga membiak, akhirnya sepanjang hayat duduk di dalam gelap, ditenggelamkan oleh malas dan alasan sambil merungut-rungut merosakkan diri sendiri.

Bisnes MAXIN tidak diasaskan dengan malas dan alasan. Bisnes MAXIN menghendaki kita bangun mencari lilin untuk menerangi kegelapan. Bahkan lilin itu tidak perlu dicari. Ia telah tersedia, hanya perlu mengambilnya sahaja.
No comment
Dec 11

Benih kangkung telah ditabur

Published by Admin on Fri 11 December 2009
Fitrahnya, apabila benih kangkung telah ditabur di atas batas, kemudian disiram, dijaga, tanpa henti, ia akan tumbuh menjadi anak kangkung. Kalau menabur 1000 biji benih, paling kurang 10% akan tumbuh jikalau tidak dapat tumbuh 100%. Atau, selalunya yang terjadi -- antara 50% hingga 90% akan tumbuh.

Itu fitrahnya. Tetapi bagi yang tidak biasa menanam kangkung pasti akan mengalami sedikit kekecewaan pada permulaan. "Tak ada apa-apa pun," merujuk kepada tidak ada satu pun benih kangkung yang tumbuh di atas batas.

Tapi percayalah, daripada "tak ada apa-apa" tiba-tiba pada hari ke 10, benih kangkung tumbuh melata! Di sinilah baru boleh membezakan antara "belum" dengan "tidak". Bagaimana kalau sejak awal lagi percaya "tidak akan tumbuh?"

Urusan bisnes MAXIN anda hampir sama dengan saja dengan menanam kangkung. Memang tidak ada apa-apa yang terjadi pada permulaan. Tetapi apabila sampai masanya, bisnes anda akan "tumbuh" melata! Di sinilah pentingnya daya tahan.

Daya tahan hanya boleh diterapkan dalam bisnes jikalau dapat membezakan dan membetulkan persepsi "Belum" dengan "Tidak." Jikalau anda menganggap "Belum" berjaya, pasti anda akan meneruskan juga dari "tak ada apa-apa" sehingga menjadi "tumbuh melata."
No comment
Pages: (1) 2 3 4 ... 6 »
Go Page Top
Menu
Depan Berita & Artikel Event Blog Bantuan Segera Galeri Gambar Galeri Video Slideshow Download Slideshow Cetak Borang Keahlian Buletin MAXIN Hubungi Kami
Search

Advanced Search
Admin Login
Username:

Password:



Lost Password?
Sedang Online
4 user(s) are online (1 user(s) are browsing Blog)

Members: 0
Guests: 4

more...
© Hakcipta 2009 oleh MAXIN SOLUTION. Hakcipta Terpelihara theme design by BCOOL